20 June 2010

Mengapa "Kimberly-Clark" Perlu Diboikot?






Pada tahun 1996, American Israeli Paper Mills Ltd. (ditukar nama kepada Hadera Paper Ltd pada tahun 2008) melalui subsidiarinya Hogla, telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan syarikat Kimberly-Clark. Ia dikenali sebagai Hogla-Kimberly Ltd (Sumber : http://www.hadera-paper.co.il/en/milestones).

Hogla-Kimberly adalah syarikat yang menghasilkan produk pakai buang terbesar di Israel (seperti lampin bayi, tuala wanita dan tisu). Kimberly-Clark memegang saham sebanyak 50% dalam syarikat berkenaan (Sumber : http://www.hadera-paper.co.il/en/companies/hogla-kimberly).


KEJAYAAN BESAR "KOTEX" DI ISRAEL

Pada tahun 2004, Kimberly-Clark mula memasarkan "Kotex" di Israel. Produk tuala wanita paling terkenal di Israel pada waktu itu ialah "Always" keluaran syarikat P&G.

Kimberly-Clark gagal menyaingi P&G pada mulanya. Pun begitu nasib mereka berubah selepas mereka memperkenalkan produk "Kotex Young - KITA" yang direka khas bagi remaja Israel berusia 12-15 tahun. KITA mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Effie Award Israel pada tahun 2008 (Sumber : http://www.effie.org/worldwide/israel_grand_winner dan http://www.marketingwithmeaning.com/2008/08/27/how-kotex-won-in-israel).

Fakta-fakta di atas membuktikan bahawa Kimberly-Clark telah menyumbangkan keuntungan yang besar kepada ekonomi Israel!


SOALAN :

Berbaloikah kita membantu Kimberly-Clark meraih keuntungan besar yang mana ada bahagian-bahagian dari keuntungan itu digunakan pula untuk menjana ekonomi Israel? Jawapan : ...................?


Di antara produk Kimberly-Clark yang dipasarkan di Malaysia ialah :

Huggies
Kleenex
Kotex
Poise
Scott



Produk-produk di atas adalah antara yang terkenal di Malaysia. Untuk info mengenai produk Kimberly-Clark yang lain, mohon layari http://www.kimberly-clark.com/ourbrands.


* SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN KIMBERLY-CLARK DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.


********************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-kimberly-clark.html
http://www.kimberly-clark.com
http://www.hadera-paper.co.il
http://www.effie.org/worldwide/israel_grand_winner
http://www.marketingwithmeaning.com/2008/08/27/how-kotex-won-in-israel


Anda dijemput membincangkan mengenai produk-produk alternatif bagi produk Kimberly-Clark pada ruangan komen di bawah. Terima kasih di atas perkongsian anda.





No comments:

Post a Comment