20 July 2010

Mengapa Sara Lee Corporation Perlu Diboikot?






*Klik atas gambar-gambar yang berkenaan untuk membesarkan gambar

Sebelum ini, Sara Lee Corporation adalah pemegang saham syarikat Delta Galil Industries Ltd. Delta Galil adalah syarikat tekstil Israel yang mana antara pelanggan mereka adalah Marks & Spencer, Target, Victoria's Secret, Carrefour, Tesco dan JC Penny, begitu juga jenama terkenal seperti Hugo BOSS, Calvin Klein, Umbro, Nike & Pierre Cardin. Selain itu, Delta Galil juga mendapat lesen untuk memasarkan produk mereka di bawah jenama terkenal, antaranya Wilson, Converse dan Tommy Hilfiger. (Sumber : http://www.deltagalil.com/company-profile.aspx DAN http://www.deltagalil.com/customer-orientation.aspx)

Pun begitu pada tahun 2005, Sara Lee Corporation telah menjual sahamnya kepada GMM Capital LLC. Sehubungan itu, Sara Lee Corporation tidak lagi mempunyai saham atau kepentingan di dalam syarikat Delta Galil.

Sumber :

http://google.brand.edgar-online.com/EFX_dll/EDGARpro.dll?FetchFilingHTML1?ID=3862973&SessionID=XcKRHWLzxztZAl7

http://www.haaretz.com/print-edition/business/isaac-dabah-buys-out-23-of-delta-galil-stock-soars-1.167195

























Dari "Corporate Citizenship Report 2008" Delta Galil Industries Ltd.
http://www.deltagalil.com/Data/Uploads/DELTA%20-%20GRI%20-%20INTERNET.pdf


Walaupun Sara Lee Corporation bukan lagi pemegang saham besar Delta Galil, bukan bermaksud mereka tidak terlibat di dalam program-program lain yang melibatkan Israel. Antaranya:

(a) Sara Lee Corporation pernah menjadi penaja "Israel Festival" dalam tahun 1998 dan 1999 :

















(Sumber : http://www.saraleefoundation.org/history/giving_1999.pdf, m/s 13)


(b) Memberi bantuan kewangan/dana kepada pelbagai pertubuhan melalui Sara Lee Foundation. Di antara pertubuhan yang ditaja ialah Jewish Federation of Metropolitan Chicago (Jewish United Fund @ JUF) dalam tahun 2004, 2005, 2006. Walaupun JUF terlibat dengan kerja-kerja amal, 43% daripada dana yang diperolehi daripada pelbagai sumber disalurkan kepada perkara-perkara yang melibatkan Israel.
















Sumber:
http://www.juf.org/donate/where.aspx
http://www.saraleefoundation.org/history/2004/direct_grants.cfm
http://www.saraleefoundation.org/history/2005/direct_grants.cfm
http://www.saraleefoundation.org/history/2006/direct_grants.cfm


Mungkin sumbangan Sara Lee Corporation kepada Israel tidak sebesar sumbangan Motorola atau Kimberly-Clark pada masa ini. Pun begitu, Sara Lee Corporation tetap ada peranannya dalam ekonomi dan kesejahteraan Israel dari semasa ke semasa, sama ada secara terus atau melalui Sara Lee Foundation. Terpulang kepada setiap individu yang menilai, sama ada patut atau tidak Sara Lee Corporation diboikot.

Di antara produk Sara Lee Corporation yang dipasarkan di Malaysia ialah:

Ambi Pur
Brylcreem
Kiwi Shoe Care
Pickwick Tea
Ridsect




Maklumat mengenai produk-produk Sara Lee Corporation yang lain boleh didapati dari:

http://www.saralee.com/OurBrands/AllBrands.aspx
http://www.ambipur.com/Static%20Pages/INT/about/about.html


* SUMBER UTAMA ARTIKEL INI IALAH LAMAN WEB INMINDS. SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN SARA LEE CORPORATION DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.


********************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Sumber Rujukan :

http://www.inminds.com/boycott-sara-lee.html

http://www.deltagalil.com/company-profile.aspx

http://www.deltagalil.com/customer-orientation.aspx

http://google.brand.edgar-online.com/EFX_dll/EDGARpro.dll?FetchFilingHTML1?ID=3862973&SessionID=XcKRHWLzxztZAl7

http://www.haaretz.com/print-edition/business/isaac-dabah-buys-out-23-of-delta-galil-stock-soars-1.167195

http://www.deltagalil.com/Data/Uploads/DELTA%20-%20GRI%20-%20INTERNET.pdf

http://www.saraleefoundation.org/history/giving_1999.pdf

http://www.juf.org/donate/where.aspx

http://www.saralee.com

http://www.saraleefoundation.org

http://www.saraleefoundation.org/history/2004/direct_grants.cfm

http://www.saraleefoundation.org/history/2005/direct_grants.cfm

http://www.saraleefoundation.org/history/2006/direct_grants.cfm

http://www.saralee.com/OurBrands/AllBrands.aspx

http://www.ambipur.com/Static%20Pages/INT/about/about.html


Anda dijemput membincangkan mengenai produk-produk alternatif bagi produk Sara Lee Corporation pada ruangan komen di bawah. Terima kasih di atas perkongsian anda.





01 July 2010

Mengapa Motorola Perlu Diboikot?













*Kami telah sedaya upaya menulis artikel berkenaan Motorola dengan merujuk kepada beberapa laman web utama. Memandangkan di dalam kes Motorola ini banyak melibatkan bidang ketenteraan dan alat komunikasi, maka kami ingin memohon maaf jika ada terma-terma ketenteraan bahasa Inggeris tidak diterjemahkan dengan tepat. Oleh yang demikian, kami amat menggalakkan anda untuk melayari sendiri laman-laman web yang telah kami sertakan links-nya di dalam artikel di bawah. Terima kasih atas kerjasama anda.

*Klik atas gambar-gambar yang berkenaan untuk membesarkan gambar.


RANKING BOIKOT

Pihak Innovative Minds telah meletakkan Motorola sebagai syarikat yang wajib diboikot pada tahap ranking paling maksimum (Sumber : http://www.inminds.com/boycott-motorola.php). Ini sudah memberi gambaran awal betapa besarnya sumbangan Motorola kepada Israel, khususnya rejim Zionis.


SEJARAH RINGKAS MOTOROLA DI ISRAEL

Motorola mula bertapak di Israel sebelum tahun 1948 lagi. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Chief Operating Officer (COO) Motorola Inc. iaitu Mike Zafirovski ketika membentangkan "Investment of International Conglomerates in Israel - Motorola As a Success Story" di sebuah persidangan pada 20 November 2003.

Melalui pembentangan tersebut juga, telah dinyatakan sejarah ringkas Motorola di Israel seperti berikut :

1948 - Motorola mula membekalkan peralatan komunikasi kepada kerajaan Israel.

1960 - Motorola mula menghasilkan peralatan komunikasi di Israel sendiri di mana Motorola Israel Ltd. ditubuhkan.

1972 - Motorola Israel menjadi anak syarikat milik penuh Motorola Inc.

1979 - Motorola membuka pusat pembangunan pertamanya di Israel.

Awal 1980an - Produk Motorola yang dihasilkan di Israel mula menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Pertengahan 1980an - Israel, Motorola dan Bezeq (kumpulan syarikat telekomunikasi terbesar di Israel; Sumber : http://ir.bezeq.co.il/phoenix.zhtml?c=159870&p=irol-homeprofile) melancarkan operasi selular pertama di Israel iaitu 'Pelephone'.

1988 - Motorola mewujudkan pusat perindustrian/pengeluaran di Arad, Israel dan melancarkan beberapa projek besar termasuk yang membabitkan United Parcel Services (UPS) dan sistem komunikasi mobile di Israel.

Mike Zafirovski mengakui bahawa pelaburan Motorola di Israel adalah salah satu pelaburan Motorola paling berjaya. Kewujudan Motorola di Israel juga telah membuka peluang pekerjaan yang besar di Israel.

Untuk membaca laporan lebih terperinci mengenai ucapan Mike Zafirovski di persidangan tersebut, sila layari :

http://atlanta.mfa.gov.il/mfm/Web/main/document.asp?documentid=55238

Atau jika maklumat berkenaan tiada lagi di link di atas kelak, mohon rujuk laman web Innovative Minds (Inminds) seperti di bawah. Inminds ada meletakkan laporan yang sama di laman web mereka :

http://www.inminds.com/boycott-motorola.php

Nota :
Mike Zavirovski meletak jawatan dari syarikat Motorola pada bulan Januari 2005 (Sumber : http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&refer=us&sid=amx7qMFiQvKQ dan http://www.businessweek.com/technology/content/jan2005/tc20050113_5896_tc024.htm).

Nota Tambahan :
Ada khabar angin mengatakan bahawa Motorola akan menamatkan operasi mereka di Arad. Akhbar The Jerusalem Post ada menulis mengenainya. Melalui artikel bertarikh 21/1/2010 tersebut, ternyata sekali khabar angin tersebut tidak benar. Malah, Motorola sebenarnya akan membangunkan lagi operasi mereka di Arad.















(Sumber : http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=166276)


MOTOROLA DAN ISRAEL DEFENCE FORCES (IDF)

Hubungan Motorola dan IDF adalah melibatkan komponen senjata seperti fius bom, sistem komunikasi tentera dan sistem pengawasan tentera.

(a) Fius Bom

Salah satu jenis fius oleh Motorola ialah 980 Low Altitude Proximity Fuze (LAPF). Bom MK-84, iaitu bom terbesar dalam siri MK-80 yang dijatuhkan ke atas sebuah bangunan di Qana, Lubnan oleh Israel pada 30 Julai 2006 menggunakan fius jenis tersebut. Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

Dalam serangan ke atas Gaza dalam tahun 2009, Israel telah menggunakan jenis bom yang sama dan berjaya memusnahkan bangunan-bangunan dan terowong-terowong di sempadan Gaza-Sinai.

























(Sumber : http://www.inminds.com/boycott-motorola.php)


Antara Jenis Fius Motorola :
















Untuk senarai lengkap berserta gambar, sila layari
http://www.sibat.mod.gov.il/NR/rdonlyres/F1580E22-A985-46E3-ACB4-B11FA74AA9CD/0/sod_motorola_ged_.pdf.


(b) Sistem Komunikasi Tentera

Motorola mendapat tender $100juta dalam tahun 1999 bagi membekalkan pihak IDF dengan sistem telekomunikasi (mobile) canggih "Mountain Rose GSM-900 military cellular network". Sistem tersebut mula beroperasi dalam tahun 2004 (Sumber : http://www2.ivc-online.com/ivcWeeklyItem.asp?articleID=2511).

Ia digunakan dalam operasi-operasi yang melibatkan Palestin, selain digunakan dalam serangan di Lubnan pada tahun 2006 (Sumber info & gambar : http://www.inminds.com/boycott-motorola.php)

























(Unit bergerak Mountain Rose di Lubnan,2006)


(c) Sistem Pengawasan Tentera

Motorola membekalkan Israel pelbagai sistem pengawasan. Salah satunya ialah Stronghold yang dibangunkan bersama Aeronautics Defense Systems.

Di antara ciri-ciri Stronghold :

~ Sistem radar Stronghold mampu mengesan penceroboh (dalam kes ini - rakyat Palestin) sejauh 300 meter.

~ Ia secara automatik menghalakan kameranya ke arah 'penceroboh' dan memberi amaran kepada pihak pengawasan.

~ Dapat mengesan sekecil-kecil pergerakan, mampu meminimakan amaran palsu.

~ Berkesan dalam apa jua jenis cuaca.

(Sumber : http://www.aeronautics-sys.com/?CategoryID=260&ArticleID=196&Page=1&SearchParam=motorola)

*Bagi melihat gambar-gambar berkaitan Stronghold, sila layari link sumber di atas.











Nota : Aeronautics Defense Systems Ltd beroperasi di Yavne, Israel. Pengurusan Aeronautics menggabungkan tokoh-tokoh dari sektor pertahanan, kewangan dan politik Israel. Aeronautics juga terdiri daripada pakar-pakar berpengalaman yang bukan sahaja membangunkan teknologi dan kelengkapan pertahanan, malah memberi khidmat nasihat tentang 'di mana', 'bila' dan 'bagaimana' kelengkapan tersebut sesuai digunakan. (Sumber : http://www.aeronautics-sys.com/aeronautics_company_profile)

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan mengenai hubungan Motorola, khususnya Motorola Israel dengan rejim Zionis Israel. Bagi mendapatkan artikel dan rujukan terperinci mengenai Motorola, sila layari http://www.inminds.com/boycott-motorola.php (amat digalakkan!)


Jadi, berbaloikah kita membeli produk-produk dari jenama Motorola?


* SUMBER UTAMA ARTIKEL INI IALAH LAMAN WEB INMINDS. SEMUA INFO YANG TERTERA ADALAH DIANGGAP SAH DAN BENAR JIKA TIADA BANGKANGAN ATAU PENJELASAN DARIPADA MANA-MANA PIHAK. KAMI BERSEDIA MENGELUARKAN MOTOROLA DARI SENARAI JIKA TERBUKTI IA TIDAK BENAR.


********************

Artikel Oleh :
Kempen Boikot Demi Palestin

Sumber Rujukan :
http://www.inminds.com/boycott-motorola.php

http://ir.bezeq.co.il/phoenix.zhtml?c=159870&p=irol-homeprofile

http://atlanta.mfa.gov.il/mfm/Web/main/document.asp?documentid=55238

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&refer=us&sid=amx7qMFiQvKQ

http://www.businessweek.com/technology/content/jan2005/tc20050113_5896_tc024.htm

http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=166276

http://www.sibat.mod.gov.il/NR/rdonlyres/F1580E22-A985-46E3-ACB4-B11FA74AA9CD/0/sod_motorola_ged_.pdf

http://www2.ivc-online.com/ivcWeeklyItem.asp?articleID=2511

http://www.aeronautics-sys.com/?CategoryID=260&ArticleID=196&Page=1&SearchParam=motorola

http://www.aeronautics-sys.com/aeronautics_company_profile